Dua puluh lapan daripada 43 mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 warga Malaysia telah dikenal pasti setakat hari ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. <br /><br />Katanya, daripada jumlah itu, 15 adalah penumpang manakala 13 yang lain adalah anak kapal. Jumlah itu membabitkan 14 mangsa yang beragama Islam dan 14 lagi bukan Islam.
