Sebuah NGO berkait rapat dengan pembangkang , Soldariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak menghalang sidang Dewan Undangan Negeri diadakan bagi menamatkan krisis di Selangor.<br /><br />Ketuanya, Badrul Hisham Shaharin berkata, sudah ada pihak yang mendapat majoriti sokongan ADUN dan jika ada pihak yang mahu menyangkalnya, maka ia harus dilakukan secara demokrasi pada sidang berkenaan.