Soldariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang mewakili aspirasi anak muda mahu Raja-raja Melayu, khususnya pihak Istana Selangor bersama rakyat menjadi penyelesaian masalah krisis di negeri itu.<br /><br />Ketuanya, Badrul Hisham Shaharin berkata, krisis ini perlu ditamatkan setelah satu pihak berjaya mendapat majoriti dan pihak istana tidak seharusnya menjadi benteng kepada pihak-pihak tertentu.<br /><br />Menurutnya, pihak istana perlu memanggil mengadap kedua -dua pihak untuk mencari penyelesaian kemelut menteri besar itu.