Polis menahan dua lelaki berusia antara 30 dan 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam pesta sukaneka bogel di Pantai Teluk Kampi di kawasan Taman Negara Pulau Pinang, baru-baru ini.<br /><br />Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, lelaki pertama yang berasal dari Singapura dipercayai terlibat dalam pesta itu sebagai jurukamera.<br /><br />Dia kini direman sehingga 17 Ogos ini selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Rabu lalu.
