Jet rejim Israel melancarkan serangan ke atas Gaza, awal hari ini selepas mendakwa pergerakan Hamas melancarkan roket ke arah wilayah Israel.<br /><br />Ini sekali gus mengancam gencatan senjata terbaru selama lima hari yang berkuatkuasa pada pukul 12 tengah malam tadi waktu tempatan atau jam 5 pagi waktu Malaysia.<br /><br />Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Palestin, Israel melancarkan empat serangan udara ke atas Gaza, kira-kira 30 minit selepas gencatan senjata terbaru itu dikuatkuasakan.