Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memilih untuk membisu berhubung dakwaan salah laku menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti yang didedahkan oleh partinya, PKR.<br /><br />Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafa Ali memberitahu wartawan bahawa beliau tidak akan menjawab soalan berhubung isu krisis di Selangor.
