Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP hari ini sebulat suara menyokong usul PKR bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.<br /><br />Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Khalid tidak lagi mempunyai mandat untuk terus berkuasa dan sepatutnya berundur secara terhormat.<br /><br />Beliau juga memaklumkan semua 15 ADUN parti itu menyokong keputusan berkenaan.