400 hadirin di Seksyen 19 Shah Alam kecewa kerana Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan datang tidak muncul pada ceramah malam semalam untuk menceritakan 'masalah-masalah' menteri besar Selangor sejak 2008 yang kini digantikan.<br /><br />Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika ditemui wartawan selepas ceramah menyatakan Anwar sedang menemui "seseorang yang amat penting" tetapi tidak mengulas lanjut.<br /><br />Pada ceramahnya, Saifuddin mengulang kepada hadirin mengapa Khalid patut diturunkan dengan masalah hutang bank Islam beliau.
