Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai mengesahkan bahawa seorang wanita yang terlibat dalam sukaneka bogel di Teluk Kampi, Pulau Pinang itu adalah bekas ketua Wanita Kedah.<br /><br />Bagaimanapun, katanya, wanita berusia 40-an itu tidak lagi menganggotai parti berkenaan dan Gerakan juga tidak terlibat dengan kegiatan bogel itu.
