Jemaah menteri akan membuat keputusan Rabu depan bagi menentukan tarikh upacara menerima mayat mangsa nahas MH17, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.<br /><br />Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa Menyambut Jenazah Nahas MH17 hari ini yang disertai oleh 10 menteri dari lapan kementerian.
