Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan kerajaan negeri terbabit dengan kegiatan Sukaneka Bogel yang didakwa diadakan di Teluk Bahang.<br /><br />Katanya, sedangkan kasino tidak dibenarkan beroperasi di negeri berkenaan, apa lagi aktiviti seumpama itu.<br /><br />Beliau mengulas rakaman video bertajuk ‘Penang Nudist Sports Games 2014' yang kini tersebar di media sosial dan dakwaan sesetengah blog Umno yang cubat mengaitkannya dengan kerajaan negeri.
