Datuk Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa tiada perkataan "pecat" disebut pada mesyuarat Biro Politik PKR malam semalam apabila membincangkan keenganan Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya sebagai menteri besar Selangor.<br /><br /><br />Katanya, sebagai setiausaha agung, beliau mengesahkan perkataan pecat tidak disebut semalam tetapi mereka hanya membincang pelbagai perkara menyentuh tentang isu tersebut.