Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu ditukar kerana masalah "keraguan integriti" susulan isu penyelesaian hutang beliau dengan sebuah bank.<br /> <br />Saifuddin mendakwa beberapa urusan perniagaan melibatkan kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju bernilai ratusan juta ringgit yang berlaku selepas penyelesaian hutang itu sehingga kini tidak dijelaskan secara memuaskan oleh Khalid.<br /> <br />Selain itu Saifuddin mendakwa, Khalid turut memberi projek rumah mampu milik Selangor bernilai RM591 juta kepada syarikat sama.