Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Persediaan Pelaksanaan Istiadat Penerimaan Jenazah Warganegara Malaysia Tragedi Pesawat MH17 hari ini memberi tumpuan kepada tiga lokasi utama melibatkan nahas pesawat berkenaan.<br /><br />Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tiga lokasi itu adalah kawasan nahas di Ukraine, pengurusan pengecaman jenazah di Amsterdam, Belanda dan pengurusan penerimaan jenazah rakyat Malaysia di negara ini.
