Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merayu agar gencatan senjata diadakan oleh puak-puak bertelagah di Ukraine bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa menjalankan tugas mereka di lokasi nahas penerbangan Malaysia Airlines MH17 terhempas.<br /><br />Selepas perbincangannya dengan Perdana Menteri Belanda, Najib memohon mereka menghormati mereka yang terbunuh dengan menjaga integriti kawasan nahas.<br /><br />Sebelum ini, usaha pasukan penyiasat Belanda dan Australia menemui jalan buntu ketika cuba ke lokasi nahas berikutan pertempuran sengit di antara tentera Ukraine dan puak pemisah yang disokong oleh Russia.
