ADUN Kampung Tunku Lau Weng San mahu pengarah operasi Pusat Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki memohon maaf berhubung analisisnya tentang kemungkinan PAS keluar dari Pakatan Rakyat Selangor.<br /><br />Katanya, Mohd Zuhdi yang juga adalah AJK PAS Pusat telah mengguris hati ahli dan penyokong Pakatan Rakyat dan perlu menjelaskan tindakannya.
