Lebih 100 pekerja penyelamat, termasuk ahli bomba dan tentera bertungkus lumus mengeluarkan mayat 48 penumpang dan anak kapal pesawat ATR-72 yang dikendalikan oleh Taiwan TransAsia Airways apabila ia terhempas di deretan lima rumah rabu lalu.<br /><br />Menurut seorang jurucakap sebahagian besar mayat sudah dikeluarkan dan upacara keagamaan juga telah dijalankan.<br /><br />Sementara itu, menurut syarikat penerbangan berkenaan, cuaca ribut yang dicetus Taufan Matmo adalah punca nahas kapal terbang di Taiwan itu.
