Beberapa orang saudara mangsa nahas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah cuba menghubungi telefon bimbit mangsa dan mendapati ia dijawab oleh individu yang tidak dikenali dengan suara loghat Eropah timur. <br /><br />Perkara berkenaan dilihat membenarkan dakwaan sebelum ini bahawa kumpulan pemisah pro-Rusia telah menggeledah kawasan kejadian dan mencuri barangan peribadi penumpang.