Pasukan Siasatan Khas dari beberapa negara termasuk Malaysia dan Belanda mula menerima mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine, Khamis lalu.<br /><br />Puak pemisisah Ukraine bersetuju membenarkan keretapi di stesen Torez yang digunakan untuk mengumpul mayat-mayat berkenan bertolak ke Kharkiv yang terletak kira-kira 500 kilometer dari Kiev, pada 12 tengah hari waktu tempatan.
