Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini menerima cadangan PKR untuk membuat pertukaran menteri besar Selangor dengan mencalonkan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.<br /><br />Dalam satu kenyataan bersama, PAS dan DAP bersetuju untuk membawa cadangan itu ke mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan memberi keputusan berhubung perkara berkenaan selepas Aidilfitri.