Kotak hitam daripada pesawat malang Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine, Khamis lalu sedang dianalisis di Britain.<br /><br />Ia diserahkan kepada ibu pejabat Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) di Farnborough, barat daya London.<br /><br />Antara yang akan dianalisis oleh pakar AAIB adalah perbualan di kokpit pesawat yang akan menjelaskan apa yang sebenarnya pada kejadian itu.