Gabenor Jakarta Joko Widodo adalah Presiden baru Indonesia selepas berjaya memenangi lebih 53 peratus undi berdasarkan keputusan rasmi semalam mengikut kiraan portal Jakarta Globe.

Portal itu melaporkan membuat kiraan undi individu berdasarkan keputusan rasmi 33 wilayah oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU) badan yang bertanggjungjawab melaksanakan pilihan raya.

Kiraan kebangsaan The Jakarta Globe daripada 33 kiraan wilayah menobatkan Joko dan regunya Jusuf Kalla pemenang.

Regu Joko-Kalla mengumpul sebanyak lebih 70 ribu juta undi atau kira-kira 53 peratus berbanding dengan Prabowo yang mendapat 62.25 juta undi atau kira-kira 46 peratus undi.

Ini menunjukkan Joko-Kalla mendahului dengan 8.4 juta undi atau 6.3 peratus.