Susulan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, malam Khamis lalu, kerajaan mengumumkan semua bendera negara akan dikibarkan pada separuh tiang.<br /><br />Sebagai menghormati semua 298 penumpang dan anak kapal yang terbunuh itu, Najib pada siaran langsung di RTM 1 berkata Yang di-Pertuan Agong juga sudah dimaklumkan bahawa bendera negara akan dikibarkan pada separuh tiang hingga Isnin depan.