Dua hari selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 terhempas selepas ditembak jatuh di Grabove, timur Ukraine, tumpuan pasukan kecemasan dan pemerhati antarabangsa adalah untuk mengumpul semua 298 mayat.<br /><br />Setelah terbiar beberapa hari di bawah sinaran terik matahari, sesetengah mayat mula bertukar hitam dan reput.<br /><br />Pasukan bomba terus bertungkus lumus mengumpul mayat penumpang yang sebahagian besarnya terputus selepas terbakar.
