Keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine dinasihatkan agar tidak ke kawasan kejadian buat masa ini.<br /><br />Menurut Bernama yang memetik seorang daripada waris penumpang, Norimah Dewa, pihak kerajaan memaklumkan kepada mereka bahawa kawasan berkenaan adalah zon bahaya dan keselamatan mereka tidak dapat dijamin.