Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM), Ismail Nasaruddin kesal dengan kejadian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara ukraine.<br /><br />Katanya, sepanjang pengetahuannya, syarikat penerbangan nasional itu memang menyedari berlakunya perang saudara di Ukraine, tetapi tiada arahan melarang mana-mana pesawat komersial melalui ruang udaranya.
