PKR hari ini mengemukakan bukti bahawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Bank Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan seorang niagawan yang dilaporkan rapat dengan Perdana Menteri dan isterinya, iaitu Deepak Jaikishen.<br /><br />Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, 13 dokumen yang diperolehinya menunjukkan bahawa Datuk Seri Hassan Malek mendapat layanan istimewa daripada Bank Rakyat.
