Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menempelak pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch, R Sanjeevan yang disifatkannya sebagai sengaja mahu memburukkan nama baik pasukan itu apabila membuat dakwaan salah laku polis tanpa mengemukakan bukti.<br /><br />Menurutnya, polis menemui Sanjeevan untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan video seks pegawainya namun, beliau enggan memberikan kerjasama sehingga memaksa polis mengemukakan notis kepadanya untuk menyerahkan bahan bukti.
