Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata, para pemimpin parti perlu mengambil serius teguran agar tidak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip dan dasar parti. <br /><br />Katanya, teguran berkenaan seperti yang disuarakannya ke atas ahli majlis tertinggi Datuk Bung Mokhtar Radin perlu dipandang serius kerana kenyataan para pemimpin tersebut akan mencerminkan imej parti.