Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu organisasi dalam kerajaan mencontohi kejayaan pasukan bola sepak Jerman<br />yang menjuarai Piala Dunia 2014 melalui konteks pemuafakatan.<br /><br />Katanya, kejayaan pasukan Jerman yang muncul juara selepas mengalahkan Argentina 1-0 pada perlawanan akhir Piala Dunia pagi tadi, boleh disimpulkan sebagai kecemerlangan individu dan komitmen berpasukan yang luar biasa.