Kecewa dengan sesetengah parti politik dan sekutunya yang gagal menumpukan kepada pembinaan negara tetapi hanya membina empayar kuasa masing-masing dan sering mempolitikkan isu perkauman, sebuah gerakan yang dinamakan 'Negaraku' dilancarkan hari ini.<br /><br />Selain, mahu membasmi perkauman, gerakan ini juga berikrar mahu memulihkan Malaysia dan mengembalikan harapan ketika rakyat menghadapi pelbagai cabaran yang menjejaskan keamanan dan keharmonian antara rakyat berbilang kaum dan agama.
