PAS akan memantau perkembangan kemelut yang menyelubungi pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berdepan dengan desakan daripada pemimpin PKR yang mahu beliau melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.<br /><br />Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, sebarang perubahan dan keputusan kedudukan Menteri Besar akan dibincangkan bersama dalam rakan-rakan Pakatan Rakyat.
