Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa menolak dakwaan solat membabitkan dua imam serentak di Masjid Pondok Banggol Stol, Meranti di rantau Panjang, Kelantan semalam adalah berkaitan dengan politik.<br /><br />Sebaliknya, katanya, masalah dipercayai berpunca daripada anak pemilik asal masjid berkenaan iaitu Ustaz Yahya Zakaria yang mempunyai masalah dengan penduduk kampung kerana ajaran tarikat yang diamalkannya.
