Setiausaha Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Alhabshee tiada masalah dengan tindakan pemimpin MCA dan Gerakan yang sejak kebelakangan ini dilihat "kritikal" terhadap Umno dalam isu tertentu.<br /><br />Katanya, kritikan atas semangat komponen BN memang dibenarkan tetapi beliau menasihatkan kedua-dua parti itu supaya tidak menunjuk-nunjuk untuk menjadi juara kepada rakyat bahawa mereka boleh kritik pelbagai isu.
