Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menafikan akan meletakkan jawatannya, seperti yang disebarkan dalam mesej aplikasi WhatsApp yang menyatakan beliau sudah menyerahkan surat peletakan jawatan pagi tadi.<br /><br />Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat perancangan di Shah Alam, meminta pihak yang tidak bertanggungjawab itu menghentikan penyebaran khabar angin mengenai peletakan jawatannya.