Sekumpulan 16 penunjuk perasaan anti Lynas yang ditahan polis pada 22 Jun lalu hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai layanan buruk yang diterima mereka.<br /><br />Menurut seorang daripada penunjuk perasaan itu, Phua Kia Yaw mereka bukan sahaja digari dalam lori yang membawa mereka ke balai polis tetapi juga dipukul apabila telefon bimbit mereka berdering.