Lebih 700,000 rumah di sekitar wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini.<br /><br />Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam kenyataan, berkata gangguan ini berikutan pengeluaran air terawat dari loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan air tinggi di kawasan itu.
