Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abd Razak hari ini mengumumkan pelantikan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan yang sebelum ini dipangku oleh Datuk Seri hishammuddin Hussein.<br /><br />Dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung menerusi RTM, Najib turut melantik Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan Datuk mah Siew Keong masing-masingsebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.