Polis hari ini membuat sekatan di sekitar jalan masuk utama ke kilang penapisan nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang bagi menghalang peserta Himpunan Hijau daripada memasuki kawasan berkenaan. <br /> <br />Bagaimanapun, sekitar jam 12 tengah hari, kira-kira 200 peserta Himpunan Hijau masih lagi berkumpul di sekitar Balok Makmur untuk mendengar ucapan daripada beberapa pemimpin antaranya pemimpin PKR dan PSM iaitu Tian Chua dan S Arutchelvam serta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
