Isteri Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Nor Saleha Mohd Salleh menyifatkan suaminya Abdullah Zaik Abdul Rahman yang didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 sebagai simbol perjuangan bangsa Melayu.<br /><br />Nor Saleha, yang juga adalah ketua wanita ISMA menyifatkan dakwaan terhadap Abdullah sebagai satu tindakan menghina bangsa Melayu kerana suaminya hanya memperjuangkan maruah mereka.