Exco Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi bersedia menerima cabaran meminum air kolam dari lombong bagi membuktikan ia selamat untuk kegunaan harian.<br /><br />Ketika ditemui di lobi DUN Selangor, kata beliau, pihaknya akan menguruskan demonstrasi meminum air dari tasik lombong untuk memberi keyakinan kepada orang ramai.<br /><br />Sebelum itu, beliau memberitau DUN Selangor bahawa air dari tasik lombong yang ingin digunakan kerajaan Selangor bagi menyelesaikan masalah kekurangan air di negeri itu selamat untuk diguna.
