Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa memberi jawapan yang bercanggah apabila dilaporkan berkata kabinet masih mengkaji mekanisme menyelesaikan penukaran agama dan perebutan anak.<br /><br />Menurut Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kula Segaran, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu tampil menjelaskan pendirian muktamad jemaah menteri atau kabinet.<br /><br />Ini kerana sebelum ini, pada 2009 kabinet memutuskan tidak membenarkan penukaran agama anak secara sepihak tanpa kebenaran kedua-dua ibu bapa.