Ketua Polis Kuala Langat Superintenden Azman Abd Razak menjangkakan peluang pihak berkuasa menjumpai 36 lagi mangsa bot karam di Sungai Air Hitam, di Banting, adalah tinggi.<br /><br />Ini kerana katanya, kehilangan mereka berlaku tidak sampai 24 jam. Setakat ini, katanya, 61 mangsa berjaya diselamatkan dan siasatan awal mendapati ribut adalah punca bot itu karam.