Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memerintahkan dua ahli parlimen Pakatan Rakyat keluar dari Dewan Rakyat selepas mereka cuba membuka perbahasan tentang petisyen membantah loji Lynas.<br /><br />Pandikar memerintahkan Fuziah Salleh (PKR - Kuantan) keluar apabila beliau menggesa Pandikar menjelaskan sebab dewan menolak untuk memberi ruang kepada petisyen membantah lesen operasi sementara Lynas daripada dibacakan.<br /><br />Tidak lama kemudian, N Surendran (PKR-Padang Serai) turut diperintah keluar kerana cuba mendapatkan penjelasan sama dari Pandikar.
