Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor esok bagi mendapatkan perkenan baginda berhubung tindakan rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).<br /><br />Menurutnya, mesyuarat kerajaan negeri pada petang ini akan membincangkan mengenai dua pilihan tindakan berkenaan dan akan mengemukakan hasilnya ketika menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah.