Speaker Dewan Undang Negeri Selangor Hannah Yeoh membidas Sungai Air Tawar Datuk Shamsudin Lias yang menarik balik usul kontroversi mengenai pelaksanaan hudud di negeri itu selepas membentangkannya minggu lalu.<br /><br />Katanya, walaupun adalah hak Shamsudin yang juga adalah ketua pembangkang DUN Selangor untuk menarik usulnya, namun banyak masa terpaksa dihabiskan kerana helah politik seumpama itu.