Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa hanya 38 syarikat pelancongan yang diberikan kebenaran oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengendalikan pakej untuk menunaikan umrah.<br /><br />Menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan), Nazri menjelaskan nama semua 38 syarikat berkenaan dipamerkan di laman web kementeriannya dan meminta orang ramai tidak berurusan dengan syarikat yang tidak disenariakan itu.
