Terkini: Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang memutuskan bahawa Teoh Cheng Cheng seorang bukan Islam.<br /><br />Hakim Zaim Mohd Yudim memutuskan Teoh bukan Islam ketika kematiannya pada 7 Jun ekoran percanggahan tarikh permohonannya menukar agama pada 1997.<br /><br />Hakim berkata, pengakuan saksi juga menunjukkan si mati tidak pernah mengamalkan ajaran Islam semasa hayatnya.