Kerajaan bersetuju untuk memberikan RM500 ringgit kepada penoreh getah sama seperti pekebun kecil komoditi itu di seluruh negara, kata Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas.<br /><br />Menjelaskan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan mekanisme untuk menentukan harga getah di pasaran, beliau (BN-Betong) berkata "langkah segera" itu adalah melalui peruntukan skim sebanyak RM130 juta dibuat bagi membantu pekebun dan penoreh susulan kejatuhan harga getah di pasaran.