Masalah yang dihadapi seorang perempuan beragama Hindu tetapi mempunyai nama Islam, Zarina Abdullah Majid, boleh dirungkaikan sekiranya beliau membuat permohonan untuk diisytiharkan sebagai bukan Islam di mahkamah syariah.<br /><br />Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, negeri Selangor belum pernah mengendalikan kes demikian dan ia adalah kes yang pertama seumpamanya di negeri itu.
